Wednesday, August 15, 2007

Kanser, Stress dan Guru

Apa kaitan antara kanser, stress dan guru?

Antara faktor penyumbang penyakit kanser adalah pemakanan dan tekanan. Kerjaya yang mengundang banyak tekanan perasaan adalah guru. Ini bukan sekadar andaian. Statistik pesakit kanser menunjukkan guru paling ramai menghidap kanser. Seorang daripadanya, abah saya.
Seorang guru sangat terdedah dengan budaya kerja penuh tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Daripada soal disiplin pelajar sehingga soal pentadbiran sekolah. Walaupun guru mempunyai peluang cuti lebih berbanding pekerja sektor lain, tidak bermakna mereka dapat berehat dan melepaskan tekanan.

Tekanan berkaitan dengan kebolehan seseorang mengawal emosi dan menerima keadaan. Belajar dan menjadi orang yang cope to situation, periang dan tidak mudah runsing dengan urusan seharian. Tetapi tidak bermakna kita masih bebas dari penyakit kanser. Kita tetap berisiko.
Soal yang paling utama, pemeriksaan kesihatan tidak sekali diambil mudah, walaupun sihat umpama atlit. Abah tidak pernah mengabaikan kesihatan. Penjagaan fizikalnya selalu dipantau dengan timbangan berat badan, tidak makan lebih, kurang makan karangan laut, minum susu, bersenam dan makan makanan tambahan. Dia paling sihat dalam keluarga, malah paling sihat antara adik-beradiknya yang lain. Tetapi, kerana sangkakan dirinya sihat, kanser yang datang tidak disedari, hanya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan.
Perbuatan tidak endah adalah pembunuh. Perbuatan kedekut masa dan duit juga adalah pembunuh. Kerana itulah yang selalu kita sebutkan sebagai alasan.
Semoga abah dapat mengharungi detik waktu dengan penuh kesabaran. Ya Allah berikan abah kesihatan yang baik, pemikiran yang baik supaya dia dapat beribadat kepada Mu dengan sebaik-baiknya. Amin.

5 comments:

Anonymous said...

Pakcik saya disahkan doktor menghidap kanser, kini sedang berusaha dengan sungguh2 utk merawatnya dengan pelbagai cara. Kadang2 saya terpandang pelbagai pamplet, nota, emel dan pelbagai dokumen mengenai kanser. Saya insaf melihat itu semua berlaku di depan mata saya. Moga kita semua diberikan kesihatan oleh Allah serta anak cucu dan seluruh keturunan kita hingga kiamat amin ya rabbal alamin.

Unknown said...

Siapa sangka, kan? Guru yang nampak santai dengan cuti panjang itu sebenarnya stress.

Rasha_rz said...

Memang makan dan emosi penyumbang kepada gejala aktifnya sel kenser. Jika kita berjaya mengawal stress, bererti kita berhasil melengahkan penyakit maut itu menjengah. tetapi faktor alam sekitar dan gaya hidup juga turut menyumbang.

mohamad kholid said...

seorang yang saya akrab pernah pergi selepas kanser bersarang di dadanya selama 7 bulan. ah, semuanya takdir tuhan...

Anonymous said...

apo ko sonyap yo ni ... hehhehe ...emmm kedai tu takda nama, kedai pacak waktu malam, siang jadi tempat pariking tu ... hehhehe